RAHSIA MEMBACA BISMILLAH 21 KALI
Amat mudah untuk diamalkan. Hanya memakan masa selama satu atau dua
minit sehaja, namun anda akan mengalami kesan yang menakjubkan. Amalan
in dilakukan semasa mahu tidor pada waktu malam. Cara amalannya seperti
berikut:
Semasa mahu tidor pada waktu malam, apabila kita sudah
pun di kasur atau katil, setelah baringkan diri, bacalah
“BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM” sebanyak 21
kali. Kemudian niatkan dalam hati jam berapa kita mahu bangun esok
paginya. Boleh juga berniat seperti ini “ Ya Allah, aku mahu bangun 20
minit sebelum azan subuh”. Atau pun begini “Ya Allah aku mahu bangun jam
3.00 pagi untuk solat tahajjud”.
InsyaAllah anda akan terjaga tepat pada masa yang telah diniatkan.
Amalan ini amat mudah dilakukan dan amat mustajab kesanya. Kalau anda
masih belum yakin atas apa yang ana paparkan disini, anda boleh mencuba
sendiri mulai malam ini, kemudian lihatlah buktinya. Sugguh mudah
sekali.
Disamping anda boleh jaga tepat pada waktu yang
diniatkan, pengamal bacaan BISMILLAH 21 kali ini juga, insyaAllah,
mendapat faedah-faedah lain juga, antaranya:
1.Anda akan terjaga tidor sekiranya ada penceroboh atau mencuri yang berniat buruk.
2.Terselamat dari sebarang gangguan makhluk, samada dari ganguan manusia atau binatang serta gangguan jin.
3.Terselamat dari sihir atau ilmu hitam yang di tujukan kepada kita yang selalunya dilakukan semasa sesaorang itu tidur.
BEGITULAH KEBESARAN ALLAH!
( Ami Fakrul )
No comments:
Post a Comment