Berusahalah dan yakinlah Allah akan membantumu.
Wahai manusia, yakinlah dengan sepenuhnya bahawa Allah akan
membantumu. Berusahalah dan bertawakallah kepadaNya dengan sepenuh jiwa.
Pasti pertolongan Allah itu akan datang kepadamu. Tiada pergantungan
yang sehebat-hebatnya melainkan meletakkan sepenuh kebergantungan itu
kepada Allah semata-mata. Percayalah, makhluk tiada upaya walau sebesar
zarah sekalipun untuk membantumu, melainkan Allah jualah yang berkuasa
menyelesaikan masalah yang sedang dibebani olehmu itu.
Setiap yang diuji itu semuanya baik-baik belaka.
“Sungguh mengkagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya semua urusannya adalah baik. Dan hal itu tidak akan diperoleh kecuali oleh seorang mukmin. Apabila dia mendapatkan kesenangan, maka dia bersyukur. Maka hal itu merupakan kebaikan baginya. Dan apabila dia ditimpa kesusahan maka dia bersabar. Maka itu juga merupakan kebaikan baginya. (Imam Muslim)

Apabila seseorang itu telah mencapai tahap kebergantungan dan
keyakinan yang sebenar-benarnya kepada Allah, maka segala ujian yang
menimpanya itu akan diterima dengan redha dan kesabaran. Sekiranya
datang kesedihan dalam hatinya maka bersegeralah dia beristigfar memohon
keampunan kepadaNya dan akhirnya hatinya kembali tenang menerima ujian
yang sedang menimpanya. Pada mereka, setiap ujian itu semuanya baik-baik
belaka.
Khabar gembira apabila diuji
RAsulullah SAW bersabda yang bermaksud :
Tidaklah ada suatu musibah yang menimpa seorang muslim melainkan Allah akan menghapuskan dosa dengannya walaupun duri yang menusuk badannya. (Imam al-Bukhari dan Muslim)
Allah berfirman yang bermaksud :
Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (al-Insyirah : 6)

No comments:
Post a Comment