Wahai
wanita solehah,jangan risau tentang jodohmu kerana muslimin yang baik
tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya,pada bicara
manja yang menggoda, pada pujuk rayu yang meruntuhkan
imannya.Sesungguhnya lelaki itu pemimpin kepada wanita.Andai belum tiba
jodohmu,anggaplah adam yang kau nantikan itu sedang membina sahsiah
kepimpinannya bagi memimpin dirimu kerana pada wanita itu pasti ada kekurangannya.Dan adam yang benar-benar layak pasti akan hadir untuk melengkapkan dirimu.
Cintamu pada orang yg kau cintai & sayangi,titipkanlah..titipkanlah
pada Allah Azza Wa Jalla..Sebab hanya Allah Azza Wa Jalla yang Maha
Menjaga,dikala kau & dia saling berjauhan dikala kau & dia
saling memendam rindu,ingin bertemu...Allah Azza Wa Jalla menjaga dgn
menenangkan hatimu melalui dzikir & tadabbur,Cintamu pada orang yg
sungguh-sungguh kau sayangi,adalah milik-Nya)....kau jaga selalu
Hatimu...tetaplah istiqomah.
No comments:
Post a Comment