BAHAGIAN 1: Misteri Segitiga Bermuda:Dajjal:UFO
Sedikit info mengenai Bermuda:
- Sememangnya wilayah mistik yang terus kekal misteri sehingga kini.
- Kawasan terletak antara Miami di Florida, Puerto Rico di Jamaica dan Bermuda
- Berkeluasan kira-kira 1.2 juta kilometer persegi dan terdiri 359 pulau dam 359 penduduk.
- Dinamakan segitiga bermuda oleh pakar misteri lautan, Vimcent Cadys.
- Lebih kurang 100 kapal terbang dan laut hilang serta 1000 orang turut hilang.
Chris Columbus dan ahli ekspedisinya boleh dikatakan agak beruntung
berbanding pihak lain yang melalui kawasan yang kini dikenali ‘Segitiga
Bermuda’ kerana sekadar diperlihatkan kejadian aneh dan mistik tetapi
ratusan kapal dan pesawat yang melalui perairan itu selepas Columbus
terus ghaib tanpa dapat dikesan.
Antara sejarah kejadian yang dilaporkan:
- Peristiwa besar yang pernah terjadi di Segitiga Bermuda adalah
lenyapnya kapal perang Inggeris iaitu Atlanta pada 1880. Sebaik kapal
besar itu melalui kawasan perairan berkenaan, ia terus lenyap bersama
300 kadet dan askar di dalamnya.
- Konflik lebih menarik
berlaku dalam proses pencarian pesawat pengangkut C-119 Flying Boxcar
yang hilang pada 7 Jun 1965. Seperti kes lain, pesawat itu terbang
melalui Segitiga Bermuda dan terus ghaib tanpa dapat dikesan. Operasi
menyelamat dikerahkan tetapi tetap tidak menjumpai jejak serpihan
ataupun mayat anggota dalam pesawat itu.
- Peristiwa terbesar
membabitkan kehilangan pesawat terbongkar apabila lima jet Grumman TBF
Avenger AL AS yang sedang melakukan rondaan melintas wilayah laut itu
terus ghaib daripada radar pusat kawalan udara pada 5 Disember 1945,
ketika waktu masih siang. Penyiasatan mendapati komandan penerbangan
sempat berhubung dengan pusat kawalan dan melaporkan yang kumpulan
mereka mengalami ‘gangguan’ sebelum semua pesawat itu ghaib beberapa
minit kemudian tanpa sempat memberi isyarat SOS.
Info terakhir dari Left Charles Taylor (pesawat TBF Avenger) kepada menara kawalan (Com Wersink):
“ Disini Left Charles Taylor, komander kumpulan-19. Adakah kami
ditawan? Tolong jawab, kami kehilangan petunjuk untuk pulang, kami
tersesat... saya tidak dapat melihat daratan. Saya tidak tahu dimana
arah barat, semua yang ada disekitar saya menjadi terganggu dan pelik...
Malah tempat saya berada ini pun saya tidak tahu,
nampaknya...nampaknya...” talian terputus.
- Kehilangan lima
pesawat itu menyebabkan komander Wersink menghantar pesawat lain iaitu
Martin PBM-3 Mariner TIMSAR diterbangkan untuk operasi mencari tetapi
pesawat itu turut lenyap begitu sahaja bersama 13 anggota di dalamnya.
Operasi mencari turut gagal menemui serpihan pesawat berkenaan.
Walaupun begitu, hubungan radio sempat dirakam kembali sebelum TIMSAR
itu lenyap dari Left Charles Taylor;
“Boleh dengar? Tolong
jawab. Sekarang saya tahu dimana saya berada. Akhirnya saya tahu dimana
kedudukan saya. Saya berada ketinggian tidak kurang dari 230 kaki.
Tetapi ada sesuatu yang ganjil. Tidak, apa yang saya lihat amat susah
hendak dipercayai! Boleh dengar?” talian terputus.
Tahun demi
tahun berlalu, sekitar 1990, seorang peneliti tampil bersama penemuan
menggemparkan apabila menjumpai kerangka pesawat di pantai Fort
Launderdale, Florida. Ujian mendapati kerangka itu milik TBF Avenger
yang hilang lebih 30 tahun sebelum itu.
Bagaimanapun, terdapat persamaan dalam kebanyakan kes:
a) Ghaib ketika keadaan cuaca baik
b) Kapal dan pesawat tidak memiliki masalah atau kerosakan teknikal
c) Perhubungan radio antara pesawat dan kapal dengan pusat kawalan berjalan biasa sehinggalah ia terus terputus tanpa disangka.
Banyak teori dikaitkan sebagai punca misteri Segitiga Bermuda, antaranya:
a) Teori lingkungan waktu
b) Medan graviti terbalik
c) Anomali magnetik-graviti
d) Fenomena gempa laut
e) Serangan gelombang besar termasuk dikaitkan dengan lubang hitam di angkasa.
f) Bekas kerajaan atlantis
g) Pusat kerajaan orang halus dan jin
g) KERAJAAN DAJJAL
Berita penculikan oleh makhluk asing atau UFO mempunyai kaitan dengan
operasi sulit pihak tentera dan kerajaan. Mereka yang hilang telah
dihantar ke Military Laboratories (berada di Vozrohdeniya di Aral Sea –
ESMBL). Mereka yang terlibat diajar kaedah saintifik untuk projek dajjal
iaitu manipulasi minda separa sedar. (akan dibongkar dalam artikel
lain)
Dajjal?
Ya, saintis kafir tidak dapat merungkai kerana mereka tidak mengenal Islam dan Al Quran serta Hadis.
“Sesungguhnya orang-orang kafir,
sama sahaja kepada mereka...
Samada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran,
mereka tidak akan beriman.
Allah materaikan atas hati mereka dan telinga mereka...
dan pada mata mereka...
ada penutupnya...
dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar. “
6-7: Al Baqarah
Mengapa Dajjal memilih Segitiga Bermuda?. Dajjal memilih menetap di air
kerana Dajjal sudah mahir akan selok-belok air sejak sekian lamanya.
Tambahan pula, Dajjal itu memang tinggal dan membesar di pulau kecil
yang jauh terpencil dari tanah besar.
Dajjal dilihat berjaya membina
satu penempatan khusus olehnya walaupun tempat yang dipilih itu sudah
pun dipelopori oleh Iblis. Dajjal membina penempatan yang penuh
saintifik diluar jangkaan kemampuan pemikiran manusia. Proses pembinaan
itu telah dibantu oleh jin dan syaitan sendiri.
“Dia
membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya pula bertemu. Di antara
keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui
sempadannya”
19-20: Ar-Rahman
Menurut beberapa manuskrip
kuno Yahudi, yang masih disimpan terun-temurun oleh beberapa buah
keluarga Yahudi, ketika berlakunya kejaran Firaun dan tenteranya keatas
pengikut-pengikut Nabi Musa as, Samiri yang turut sama berada dalam
kumpulan itu telah terlihat 'lukisan-lukisan aneh' yang berada didalam
Laut Nil. Lukisan-lukisan aneh itu dipercayai sebagai lukisan
peninggalan bangsa-bangsa jin yang telah dimusnahkan sebelum wujudnya
manusia di muka bumi ini.
“Dan jin pula, Kami jadikan dia sebelum itu, dari angin api yang panasnya menyerap ke liang bulu roma.”
27: Al-Hijr
Bermula dari situlah, Samiri sudah mengenali suatu bangsa yang mampu
memberinya bantuan yang tidak mampu diberi oleh manusia biasa.
Saya tinggalkan kepada anda firman Allah sebelum kita akhiri kisah ini;
“Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari
kawasan-kawasan langit dan bumi, maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu
tidak akan menembus keluar KECUALI DENGAN SATU KEKUATAN.”
33: Ar-Rahman
Jadi, siapakah Samiri? Ikuti sambungannya...
Hasil rujukan: admin >111<
Rahsia jika perkara itu belum diketahui.
No comments:
Post a Comment