Al-Quran teman di kubur :
walau apa sekalipun jangan
tinggalkan Al Quran...bacalah setiap hari paling sedikit 1 helai. Jika
sibuk sekali pun carilah masa utk membacanya. jadikan hati kita sentiasa dekat dgn quran kerana quran itu cahaya penyuluh hidup
Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
"Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat
yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al - Quran "
Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al - Quran adalah
pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah. Terdapat satu
riwayat menyatakan bahawa "Apabila seseorang itu meninggal dunia dan
keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak
akan berdiri di bahagian kepalanya.
Apabila mayat itu
dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan
itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai akan pulang ke rumah dan
datanglah dua malaikat; Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang
yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman
orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.
Tetapi orang yang kacak itu akan berkata :
"Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau
dalam keadaan apa sekali pun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak
akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!"
Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata :
"Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan
suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat"."Janganlah engkau
bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan
berasa dukacita lagi" .Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu
akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi
dari malaikat - malaikat dari syurga"
Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita
tahu tentang tingginya syafaat Al - Quran tetapi dengan mengetahuinya
sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita
adalah orang-orang yang rugi.
Cuba kita renungkan sejenak diri
kita sendiri. Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang
kita tidak akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun
untuk tempoh sesaat. Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang
akan menemani kita jauh
sekali memberi bantuan kecuali amalan - amalan kita sewaktu di dunia.
Allah telah menjanjikan Al - Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan
janji Allah itu adalah benar. Dekatilah Al - Quran dan jadikalah ia
teman di dunia dan pemberi syafaat di Akhirat.
Semoga Allah swt memberikan kita restu dan hidayahnya.. ...MARI BACA AL-QURAN!! !
No comments:
Post a Comment