Di bawah ini satu artikel yg amat menyentuh jiwa. Menitik Air mata
tatkala membaca coretan ini. Alangkah indahnya jika penulis juga diberi
peluang sebegini. Namun siapalah penulis. Semoga kisah ini memberikan
iktibar kepada rakan-rakan blog yang lain. Sentiasa merindui
Rasulullah.....
Dgn Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
YaAllah,
lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr seorang
insan yg di pilih Allah utk berjumpa Nabi SallaLahu'alaihiwas allam
melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427 H bersamaan 10 August, 2006.
Nama
yg dipilih oleh ayah beliau Syamimi yg bermaksud 'kesayanganku' , gelar
Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih
nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah-mudahan suatu hari nanti
anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah
SallaLahu'alaihiwas allam. AlhamduliLlah, doanya makbul selepas 23 tahun
kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.
AlhamduliLlah,
Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas di dalam hatinya. Beliau
menghabiskan masa 3 tahun utk habis menghafal 30 juzuk KalamuLlah ketika
di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu
ayah beliau yang mengharapkan ada di kalangan anak mereka menjadi
seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil
tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik-adik, SubhanaLlah. Setiap
hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi' dgn ustaz di sebelah
rumahnya di sana . Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang
Syariah di universiti ana InsyaAllah.
Akak ni memang di
uji dengan sakit yg tak tau apa punca sejak lebih setahun yg lalu.
Sakitnya rasa seperti di tikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang
tubuhnya, tambahan pula kaki yang sudah sakit d bahagian lutut sejak 8
tahun lalu yg x pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau
muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya
Allah dan dia sendiri yang tau. Dh lama dia tak daya ke kelas sebab
sakitnya membuatkan dia tak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera
makannya hingga susut badannya hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan
diri untuk pergi berwudhu' 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu' itu di jaga
sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.
Hari-hari yang
di laluinya beliau penuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai
pendinding daripada gangguan yg terus-terusan menyakitinya. Diceritakan
makhluk-makhluk tu akan mengganggunya terutama waktu sebelum subuh,
waktu zuhur dan waktu maghrib. Beliau dah banyak berubat di merata
tempat, di negeri kelahirannya, berjumpa doktor-doktor pakar, dengan
ulama' yg faqih dalam ilmu perubatan islam sendiri dan akhir sekali
dengan sorang lecturer di sini tapi beliau hanya mampu bertahan. Ustaz
pesan, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.
Pagi
khamis tu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab dah lama tak mampu ke
kelas. Beliau bangun kira-kira jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan
sedikit kekuatan yg di gagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu' dgn
memapah dinding dan apa yg mampu membantu beliau berdiri. Habis
berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras
dari belakang. Masa tu beliau dh tak mampu berdiri, justeru beliau
merangkak ke bilik. Sampai saja d bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di
bahagian depan bilik. Waktu tu, di sebabkan sakit yg mungkin dah tak
tanggung, dengan spontan beliau niatkan, "Ya Allah, kiranya mati itu
baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku
ingin dengar kata-kata semangat drpd RasuluLlah SallaLlahu'alaihiwa
sallam sendiri".
Kemudian beliau pengsan. Sahabat-sahabat
sebilik mengangkat beliau ke dalam bilik dan di baringkan di sana .
Waktu tu, sahabat-sahabat dah forward message pd kawan-kawan yg lain
agar bacakan surah Yasin sbb beliau dah nampak nazak. Semua dah sedia
dgn nombor-nombor ahli keluarga beliau utk di hubungi kiranya apa-apa
berlaku dengan izin Allah. Kira-kira jam 11 pagi, beliau tidur dgn
tenang dalam waktu qoilulah, dalam tidur beliau, beliau sedang terbaring
dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya di qiam seperti dalam
solat di tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah
mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.
Tiba-tiba
datang seorang HambaAllah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan
berdiri hampir sekali, kira-kira 2 meter dari beliau. Wajahnya
SubhanaLlah, indah sekali, tak dapat nak di gambarkan. Beliau
tertanya-tanya, siapa orang ni, cantik sekali kejadiannya dan hati
beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Di rasakan seluruh
kesengsaraan yg di tanggung selama ini lenyap begitu saja. Kemudian,
HambaAllah itu mengatakan, "Assalamu'alaikum, Ana RasuluLlah".
SubhanaLlah, baginda Nabi rupanya. Nabi memakai jubah putih dan kain
serban Nabi berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas
mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas
bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan "Enti fil
masjidi" , -'sekarang enti(kamu) berada di masjidku, Masjid Nabawi'-.
Allahuakbar.
Kemudian Baginda Nabi SallaLahu'alaihiwas
allam berkata: QalAllahuta' ala; "InnaAllahama' assobirin" , -
sungguhnya Allah bersama orang-orang yg sabar'. Ketika mendengar suara
Nabi mengalunkan KalamuLlah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh
'alam. SememangNya Baginda sebaik-baik kejadian dan di ciptakan dgn
penuh kesempurnaan. Nabi katakan (in lughatul 'arabiyah, tp kami
terjemahkan) , "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg
enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di
dlm hati enti, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana" . Ketika
Nabi sebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya 'Ya Allah, Baginda kenal
ummat Baginda'. Ya RasuluLlah.. . Waktu tu, di rasakan baiknya Allah,
memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.
Kemudian
Nabi katakan, "Sampaikan salamku buat sahabat-sahabat seperjuangan
Islam, insyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti" . Lepas tu Nabi kita
lafazkan, "Ummati.., ummati.., ummati..." , dan beliau nampak Nabi
menangis dan beberapa titisan airmata Nabi yg suci mengalir utk ummat
Baginda. Kemudian Baginda Nabi pergi. Beliau merintih, "Jgn pergi Ya
RasuluLlah" , tp Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak
pernah bersua dgn Nabi kita yg mulia, Baginda kenal kita dan sentiasa
ingat akan ummat Baginda. Beliau katakan tak pasti, apakah baginda
menangis kerana rindu kepada ummat baginda, atau mungkin saja baginda
sedih dgn ummat akhir zaman ini atau...xtaulah, waLlahua'lam. ..
Sedar
daripada tidur yg amat indah pengisiannya, beliau d kelilingi oleh
kawan-kawan yg terdengar rintihan beliau dalam tidurnya "Jgn pergi Ya
RasuluLlah.. ." . kemudian beliau pun menceritakan kpd para sahabat
tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam RasuluLlah buat ummat
Baginda, salam dari Nabi sallaLahu'alaihiwas allam. Semua menangis
lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang-jarang
ingat pada Baginda sedang kita amat terhutang budi pada baginda Nabi.
Lebih-lebih lagi kita sedar bahawa syafaat Baginda yg akan kita kejar di
akhirat kelak.
Ya Allah, waktu tu, takde kata yg lebih
tinggi drpd kalimah AlhamduliLlah utk di rafa'kan pada Allah atas ni'mat
yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya
menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan-insan yg
lebih berat di uji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih
tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha
Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Ketika itu
rasa sakit masih menular d tubuhnya Cuma kali ini dia bertekad tidak
akan menangis lagi utk kesakitan ini.
Kemudian usai solat
Zuhur, rasa sakit yg beliau tanggung makin hebat. Tak pernah beliau
merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh
tubuhnya rasa di tikam pada setiap penjuru tubuhnya. Kalau dulu, beliau
akan menangis dalam menghadapi kesakitan, pada waktu itu beliau pujuk
diri utk tidak menangis. 'Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ni
berbanding nikmat yg Allah dah bagi utk melihat Baginda Nabi
SallaLlahu'alaihiwa sallam'.
Kemudian beliau tidur dan
terus beliau rasakan berada d tempat tinggi, tempat yg biasa hadir
sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan "Ya Allah, apa lagi
yg nk Engkau bagi buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dgn-Mu Ya
Allah..." . kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian
serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan, "Assalamu'alaikum Ya
Syamimi, RasuluLlah SallaLahu'alaihiwas sallam sampaikan salam buatmu.
Kami utusan RasuluLlah SAW. "Nahnu khulafa' ar-rasyidin" . Ana Abu Bakr,
ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan Ali ". SubhanaLlah, Saidina
Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga-tiga sahabatnya yg mulia.
Beliau
nampak, Saidina Abu Bakr, amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn
wajah ketegasan, Saidina Uthman memang cantik sekali dan Saidina 'Ali yg
agak kecil orangnya.
Para Sahabat mengatakan "Kami di
utuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti." . kemudian keempat-empat
sahabat nabi membacakan ayat 102 drpd surah Al-Baqarah:
وَاتَّبَعُواْ
مَا تَتْلُواْ الشَّيَاطِينُ عَلَى مُلْكِ سُلَيْمَانَ وَمَا كَفَرَ
سُلَيْمَانُ وَلَـكِنَّ الشَّيْاطِينَ كَفَرُواْ يُعَلِّمُونَ النَّاسَ
السِّحْرَ وَمَا أُنزِلَ عَلَى الْمَلَكَيْنِ بِبَابِلَ هَارُوتَ
وَمَارُوتَ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنْ أَحَدٍ حَتَّى يَقُولاَ إِنَّمَا
نَحْنُ فِتْنَةٌ فَلاَ تَكْفُرْ فَيَتَعَلَّمُونَ مِنْهُمَا مَا
يُفَرِّقُونَ بِهِ بَيْنَ الْمَرْءِ وَزَوْجِهِ وَمَا هُم بِضَآرِّينَ بِهِ
مِنْ أَحَدٍ إِلاَّ بِإِذْنِ اللّهِ وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمْ
وَلاَ يَنفَعُهُمْ وَلَقَدْ عَلِمُواْ لَمَنِ اشْتَرَاهُ مَا لَهُ فِي
الآخِرَةِ مِنْ خَلاَقٍ وَلَبِئْسَ مَا شَرَوْاْ بِهِ أَنفُسَهُمْ لَوْ
كَانُواْ يَعْلَمُونَ
Selesai membaca ayat itu, para
sahabat Nabi menghembus pada makhluk-makhluk yang sedang mengganggu
beliau dan mereka semua hancur terbakar. SubhanaLlah, waktu itu terasa
seolah-olah tubuhnya yg sakit dahulu di tukarkan Allah dgn tubuh yg
baru. Hilang segala kesakitan yg dah lebih setahun di tanggung beliau
dgn sabar. Kemudian Saidina Abu Bakr mengatakan, "Inilah ganjaran besar
dari Allah buat orang-orang yang sabar" . Kemudian, para sahabat Nabi yg
mulia pun pergi.
Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau
bangun dr tidur dan terus bangun duduk. Kawan-kawan sebilik pelik,
kenapa beliau dapat bangun utk duduk dgn mudah . Kemudian
sahabat-sahabat sebilik menyuruh beliau bangun berdiri dan AlhamduliLlah
dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. "Ya
Allah, penyakit ana dah sembuh" . Semua sahabat yang ada di situ
bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk
berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau sujud syukur pada Allah
Subhanahuata' ala. "Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun
belum dapat menjadi hamba-mu yg bersyukur atas ni'mat yang Engkau
berikan" .
Beliau katakan pada kami, "Adik-adik, wajarlah
para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Nabi. Akak
yang di beri rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak
sanggup berpisah dengan Nabi. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk
beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tp menyedari
banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita di atas muka bumi Allah ni,
maka hidup mesti di teruskan. Sekarang ni hati akak tenang sangat..
Kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar
adik-adik dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak
mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya
Pemiliknya Yg Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan; "tak rugi kita
bersabar..."
Selamat menyuburkan cinta pd Nabi SAW buat ikhwah akhawat d bumi Tuhan'. Ma'assalamah.
..berderaian air mata mengalir..rindu dirimu Ya RasululLah SAW..
p/s:-terserah kepade pembace untuk percaye atau x...aku sekadar berkongsi coz xrugi berkongsi cerita yg boleh kite jadikan ikhtibar hidup ni...