Wednesday, July 31, 2013

Kehidupan dunia itu tiada ape2..

 
 
 
Ketika manusia jahiliah tenggelam dengan pelbagai kenikmatan dunia, Rasulullah s.a.w. menyampaikan peringatan dan amaran daripada Allah bahawa kehidupan dunia itu tiada apa-apa nilai melainkan mata benda yang menipu daya. Firman Allah yang bermaksud: “Tidaklah kehidupan dunia itu melainkan mata benda yang menipu daya.” (Surah al-Hadid 57:20)
 
 Rasulullah juga memperkukuhkan peringatan itu dengan satu metafora melalui sabdanya yang bermaksud: “Jika kehidupan dunia itu lebih bernilai di sisi Allah melebihi nilai sehelai sayap nyamuk, maka Allah tidak akan memberi minum orang kafir walaupun seteguk air.” (Riwayat Ibn Majah no. 4110)

travelog ramadhan 2013

 
 
abaikan tajuk di atas....alhamdulillah..thun boley juge merase kenikmatan teraweh di masjid2 lain selain masjid usm jer...cme thun lepas sempat juge merase teraweh di kg...thun ni...xberkesempatan...

cme teringat tazkirah semalam..

"sepanjang bulan ramadhan ni...pernahkn anda menangis ketika menghadap Pencipta anda..kerana mengenangkan dose2
anda??"
kalau
x...makanya hati anda ade "ERROR"

tersentap mak ngah...yup...bnyak error ni hati ni....terkdg mgkin hasad dengki...amarah, dan mengumpat,gosip2 yg menyelebungi diri...Astagfirullahalazim.

msh perbanyak amal diperlukan untuk membuang ERROR di hati ni....jgn sampai hati kita suatu hari nanti sudah keras membatu...(kate2 ustaz semlm)..

In Syaa Allah...aamin.

Tuesday, July 16, 2013

anak

 Pedoman tuk mase depan :)

Ingatlah bahawa anak-anak ini adalah satu anugerah dan karenah anak-anak pula adalah ujian daripada Allah swt. Ia menguji kesabaran dan keimanan kita semua kepada Allah swt.


Firman Allah swt dalam surah al-Anfal ayat 28 bermaksud: ”Dan ketahuilah bahawasanya harta kekayaan dan anak kamu adalah cubaan hidup dan sesungguhnya di sisi Allahlah pahala yang amat besar.”

SubhanaAllah...

petikan dari artikel Dr Zainurrashid dri blog Peduli ummah.

subhanallah yg mampu aku katekan....terase sapelah aku disisi Allah jika dibandingkan dgn tukang kebun berbangsa Bangladesh ni....kagum tersgt kagum....
buat kwn2 xrugi jika luangkan sedikit mase membace kisah hidup saudare seislam kita ni...mana taw kita boleh jadikan ia sebagai tauladan yg berguna...In Syaa Allah..

******************************************************************************
Sebaik sahaja keluar daripada kereta setelah meletakkannya di lot parkir universiti, saya disapa dengan ucapan salam serta sekuntum senyuman oleh seorang anak muda. Menerima sapaan ikhlas seumpama ini hampir menjadi rutin sebelum memulakan jadual harian kerja setiap pagi sejak 6 bulan yang lalu dengan kehadiran tukang kebun yang istimewa ini.
Apa tidaknya, beliau sentiasa memulakan tugasnya membersihkan laman universiti setiap awal dan sentiasa ceria dalam bekerjaya. Belum sempat saya memulakan salam, beliau lebih pantas mendahuluinya dengan senyuman  manis yang terserlah keikhlasannya.
Terdetik di dalam diri keinginan untuk berkenalan lebih lanjut dengannya tetapi tidak berpeluang. Di permulaan Ramadhan hari ini, saya ke surau lebih awal dengan hasrat untuk meluangkan sedikit masa untuk membaca al Qur’an di bulan mulia ini.
Sebaik sampai ke surau, saya dapati sepasang selipar di situ dan kedengaran bunyi air bagaikan seseorang yang sedang berwuduk. Tanggapan saya benar, apabila saya dapati anak muda yang ingin saya temui ini sedang bersiap-siap untuk bersolat.
Seusai mengimami solat zuhur, saya mendekati beliau yang sedang tekun bertadabbur. Saya mengambil keputusan untuk berkenalan lanjut dengannya.
Dr Z        :               Assalamu’alaikum. Apa khabar?
MA         :               Wa’alaikum salam. Khabar baik tuan.
Dr Z        :               Siapa nama ya?
MA         :               Nama saya Muhamad Adnan Bin Muhamad Sadiq.
Dr Z        :               Berapa umur sekarang?
MA         :               Sekarang saya 27 tahun.
Dr Z        :               Asal daripada Dakka ke?
(Saya cuba meneka kerana tidak tahu banyak mengenai bandar-bandar di Bangladesh jika dibandingkan dengan lokasi di Mesir, Jordan dan Arab Saudi yang kerap saya kunjungi)
MA         :               Bukan, kampung saya lebih kurang 2 jam naik kereta dari Dakka.
Dr Z        :               Sudah berapa lama bekerja di Malaysia?
MA         :               Saya sudah 7 tahun bekerja di Malaysia, di IMU ini baru setengah tahun.
Dr Z        :               Bila mahu kahwin? (saya cuba mengusiknya)
MA         :               Saya belum fikir pasal kahwin tuan.
Dr Z        :               Berapa dapat sebulan gaji di sini?
(saya tak tahu pendapatannya kerana dia diambil bekerja di IMU (tempat saya bekerja) melalui agensi)
MA         :               Alhamdulillah, di sini saya dapat RM 750 sebulan.
Dr Z        :               Boleh cukup ke sara hidup dengan RM 750 sebulan.
MA         :               Ini cukup-cukup sahaja. RM 180 untuk sewa rumah. Lain-lain untuk makan, bil letrik dan telefon ( dia menyewa sebuah rumah kayu yang kecil di Seremban). Sebelah petang dan hujung minggu, saya akan potong rumput di rumah orang di sekitar Seremban. Satu rumah dapat RM 40-50 dan satu bulan saya boleh dapat antara RM 800-1000.00.
Dr Z        :               Berapa banyak hantar duit ke Bangladesh setiap bulan?
MA         :               Semua duit potong rumput saya akan simpan dan kirim ke Bangladesh, lebih kurang RM 800-1000 setiap bulan.
Dr Z        :               Buat apa dengan duit kiriman tu?
MA         :               Bantu ayah-emak saya yang sudah tua dan saya juga minta mereka belikan tanah di sana. Alhamdulillah, saya sudah ada sawah padi di Bangladesh dan sekarang saya upahkan orang kampung saya untuk tanam padi.
Dr Z        :               Subhanallah. Hebatlah kamu Adnan….Saya berbangga dengan kamu.
MA         :               Alhamdulillah, syukur kerana Allah beri saya rezeki di Malaysia.
Dr Z        :               (sambil membelek naskhah al Quran yang dipegang sejak tadi, saya dengan sengaja ingin menguji tahap kemampuannya membaca al Quran). Boleh ajarkan saya al Qur’an?
MA         :               Insya allah boleh (sambil tersenyum).         
Dr Z        :               Kamu hafaz 30 juzuk al Qur’an ke?
MA         :               Alhamdulillah…sejak saya kecil. Kira-kira 3-4 tahun semasa bersekolah rendah, saya dapat menghafaz 30 juzuk al Quran.
Dr Z        :               Subhanallah…(saya mengetap bibir kerana rasa malu bercampur kagum dengan si anak muda tukangkebun dari Bangladesh ini).
Dr Z        :               Ok Adnan, saya nak masuk semula ke pejabat. Lain kali kita boleh berbual-bual lagi.
MA         :               Baik tuan. Ramadhan kareem… dia beredar dengan senyuman.
Di dalam hati, tersemat rasa kepuasan yang tidak berbelah bagi kerana dapat bertemu dengan anak muda yang kelihatan ‘biasa’ dan mungkin dipandang ‘lekeh’ oleh orang ramai. ‘Hanya seorang tukang kebun’, ‘Bangladesh’ pulak tu….
Siapa dia dan siapa kita di sisi Allah swt….?