Kehidupan dunia itu tiada ape2..
Ketika manusia jahiliah tenggelam dengan pelbagai kenikmatan dunia,
Rasulullah s.a.w. menyampaikan peringatan dan amaran daripada Allah
bahawa kehidupan dunia itu tiada apa-apa nilai melainkan mata benda yang
menipu daya. Firman Allah yang bermaksud: “Tidaklah kehidupan dunia itu
melainkan mata benda yang menipu daya.” (Surah al-Hadid 57:20)
Rasulullah juga memperkukuhkan peringatan itu dengan satu metafora
melalui sabdanya yang bermaksud: “Jika kehidupan dunia itu lebih
bernilai di sisi Allah melebihi nilai sehelai sayap nyamuk, maka Allah
tidak akan memberi minum orang kafir walaupun seteguk air.” (Riwayat Ibn
Majah no. 4110)
No comments:
Post a Comment