Monday, July 30, 2012

siapa aku DISISI TUHANKU?




 courtesy dr fb...

(nak hasilkan sendiri mmg gagal...tpi ni btol2 terkesan di sanubari)

>> SIAPA AKU DI DEPAN TUHANKU?? <<


SUBUHnya- dimana aku masih enak dalam
kelambu rindu sambil berfoya-foya dengan
waktu masa bagaikan menderu langkah
tiada arah tuju, fikiran terus bercelaru
terlupa aku semakin di hujung waktu, SIAPA
AKU DI DEPAN TUHANKU??

ZUHURnya- aku lebih memikirkan kelaparan,
kehausan dan rehatku. aku lebih
mementingkan tuntutan jawatanku,aku
bertolak ansur dengan waktu,aku gembira
membilang keuntungan,aku terlupa betapa
besar kerugian jika aku menggadaikan
sebuah ketaatan,SIAPA AKU DI DEPAN
TUHANKU??

ASARnya- aku lupa warna masa cepat
berubah bagaikan ditolak-tolak,aku masih
dengan secawan kopiku terlupa panas tidak
di hujung kepala,aku masih becerita tentang
SiTuah yang setia dan SiJebat yg derhaka,
SIAPA AKU DI DEPAN TUHANKU??

MAGHRIBnya-aku melihat warna
malam,tetapi aku masih berlegar disebalik
tabir nya mencari sisa-sisa
keseronokkan,tidak terasa ruang masa yang
singkat,jalan yang bertingkat-tingkat, SIAPA
AKU DI DEPAN TUHANKU??

ISYAKnya- kerana masanya yang
panjang,aku membiarkan penat menghimpit
dadaku,aku membiarkan kelesuan
menggangguku, aku rela terlena sambil
menarik selimut biru,bercumbu-cumbu
dengan waktu ku, SIAPA AKU DI DEPAN
TUHANKU??

"Kini Aku Menjadi Tertanya-tanya Sampai
Bila Aku Akan Melambatkan SujudKu Apabila
Azan Berkumandang Lagi, Aku Tidak Akan
Membiarkan Masjid Sepi Kerana Dihujung
Hidup Ada Mati,Bagaimana Jenazah Akan
Dibawa Sembahyang. Disini, Jika Ruangku
Dibiarkan Kosong,Jika Wajahku Menjadi
Asing Pada Mentari Dan Juga Bintang-
Bintang"

by : Ashik Ikin ♥

(penulis asal)

No comments:

Post a Comment