Thursday, November 3, 2011

ilmu

HADITH-HADITH YANG MEMBUKTIKAN PEMUDA ITU ADALAH IMAM MAHDI


1. Musim Haji Berdarah Di Mina 

Negara Arab sebelum itu sudah menjadi perhatian dunia kerana konflik dalaman dan perebutan kuasa yang berlaku di negara tersebut setelah kewafatan Raja Haramain (Arab Saudi). {4} Urusan Haji pada tahun tersebut tidak berjalan dengan lancar kerana berlaku rompakan dan kematian. Ada seperti tindakan sabotaj yang mahu memburukkan pimpinan pengganti Raja yang mengambil alih pada masa itu. Sabda Nabi Muhammad SAW; 

"Sebelum pembaiatan al-Mahdi di antara Hajarul Aswad dan Maqam Ibrahim, ada kabilah yang menarik perhatian al-Mahdi mengenai sikap dan perampasan mereka terhadap jemaah haji di Mina."

Imam Mahdi tidak akan dibaiat sehinggalah umat manusia yang sedang mengerjakan haji dibunuh beramai-ramai oleh sekumpulan orang-orang yang sengaja mahu membunuh mereka. Kumpulan yang membunuh jemaah haji itu adalah dari kalangan orang-orang Syiah kerana hanya orang-orang Islam sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam kota suci Makkah. Disebutkan dalam hadis ini ada kabilah yang merampas - ia sekaligus menunjukkan bahawa mereka itu juga adalah orang-orang Islam, mereka masuk ke Makkah dengan tujuan zahirnya untuk mengerjakan haji, kemudian semasa di Mina mereka membunuh sebanyak mungkin jemaah haji. Selain membunuh jemaah haji, mereka juga cuba untuk merampas kuasa di Makkah, dengan tujuan dapat menguasainya dan sekali gus menghalang kemunculan Imam Mahdi yang sebenar (bukan dari kalangan mereka), yang kemunculannya sudah amat pasti saat itu. {5} 
Jika dilihat dari sudut sejarah, keganasan penganut Syiah pada musim haji adalah perkara yang biasa kerana :
1. Pada musim haji tahun 1979, Khomeini telah mengarahkan kaum kuffar Rafidah - menyamar sebagai kaum muslimin pergi menunaikan haji. Mereka lalu mengadakan rusuhan serta mencemarkan perkuburan Baqi’ (tanah perkuburan para Sahabat Rasulullah SAW).

2. Pada Februari 2009, kaum Rafidah yang menetap di Arab Saudi telah mengadakan rusuhan di Masjid Nabawi dan sekali lagi menceroboh perkuburan Baqi’ serta memijak-mijak kubur para Sahabat Rasulullah SAW.

3. Bukti lain keganasan puak Syiah juga boleh dilihat pada kubah Masjid Nabawi yang mana hingga kini masih kekal jasad seorang penganut Syiah yang cuba mencuri jasad Rasulullah SAW. 
Dan ingatlah bahawa telah dinyatakan di dalam hadith, salah satu peperangan yang akan dilalui oleh Imam Mahdi adalah perang menentang Parsi iaitu bumi Iran kini: 

"Kalian perangi jazirah Arab dan Allah beri kalian kemenangan. Kemudian Persia (Iran), dan Allah beri kalian kemenangan. Kemudian kalian perangi Rum, dan Allah beri kalian kemenangan. Kemudian kalian perangi Dajjal, dan Allah beri kalian kemenangan." {6}

2. Tempat Imam Mahdi Dibai'ah 
Menurut Syeikh Nu'aim bin Hammad (guru Imam Bukhari) dalam himpunan atsar akhir zaman, orang yang akan membai'ahnya bukanlah daripada kalangan orang awam, bahkan terdiri daripada kalangan ulama soleh, para kekasih dan aulia Allah SWT yang didorong mencari Imam Mahdi.Kerja mencari Imam Mahdi bukan kerja kita. Ia adalah kerja orang pilihan Allah SWT. Mereka yang dipilih Allah SWT itu mestilah dikalangan orang soleh dan para kekasih Allah SWT kerana hanya mereka sahaja yang nampak ciri-ciri sebenar Imam Mahdi. Melalui ilmu yang dikurniakan oleh Allah SWT, mereka akan dapat mengecam pemuda yang bakal menjadi Imam Mahdi itu.

Oleh kerana akhlak Imam Mahdi menyerupai akhlak Rasulullah SAW maka para kekasih dan aulia Allah SWT adalah mereka yang layak berada disamping pembaiatannya. mereka bukan sahaja faqih, alim, soleh dan aulia Allah SWT, bahkan mencintai Nabi Muhammad SAW. Mereka pernah dan sudah melihat akhlak Nabi SAW di dalam mimpi-mimpi mereka, kerana melihat nabi di dalam mimpi adalah benar. {7}

Kehadiran ulama soleh, para kekasih dan aulia Allah SWT di Bait Allah SWT (Kaabah) pada saat itu atas dorongan yang tidak dapat dihuraikan. Ia seperti kisah tujuh pemuda Ashabul Kahfi yang berhimpun lari dari kekejaman Raja Diqiyanus - mereka berhimpun di tempat yang sama, padahal dikalangan mereka tidak mengenali  antara satu sama lain tetapi mempunyai tujuan sama. {8}

Di dalam Musnad Imam Ahmad, beliau mengeluarkan sebuah hadith daripada Abu Qatadah ra bahawa Rasulullah SAW bersabda :

"Diberikan bai'ah kepada seorang lelaki di tempat antara rukun (Hajar al-Aswad) dan maqam (Maqam Ibrahim) dan tidak ada yang menduduki Bait Allah (pada masa itu) kecuali yang berhak melakukannya." 

Daripada Ummu Salamah, diriwayatkan secara marfu' :

"Akan terjadi perbezaan pendapat ketika wafatnya seorang khalifah. Kemudian salah seorang lelaki penduduk Madinah pergi keluar menuju Makkah. Penduduk Makkah menemuinya, memintanya keluar dari rumah, padahal ia tidak menyukainya. Kemudian mereka membai'ah lelaki itu di antara rukun (Hajar al-Aswad) dan maqam (Maqam Ibrahim). Kemudian datanglah satu pasukan dari Syam untuk memeranginya. Pasukan itu diserang di padang pasir yang tandus, yang terletak di antara Makkah dan Madinah. Ketika orang-orang soleh Syam dan sekelompok orang Iraq mengetahui itu, mereka mendatangi lelaki tersebut dan membai'ahnya (di antara Hajar Aswad dan Maqam Ibrahim). Saat itu muncul seorang lelaki Quraisy yang memiliki garis keturunan daripada pihak ibu Bani Kilab. Lalu lelaki Quraisy itu mengirimkan pasukan untuk memerangi orang-orang yang membai'ah tadi berhasil mengalahkan pasukan yang dikirim lelaki Quraisy itu. Pasukan lelaki Quraisy tersebut bagaikan anjing. Merugilah orang-orang yang tidak menyaksikan rampasan perang Bani Kilab itu. Kemudian lelaki itu membahagikan harta itu. Dia menerapkan sunnah Nabi SAW sehingga Islam menjadi terhormat di muka bumi ini. Lelaki itu (al-Mahdi) memerintah selama tujuh tahun, kemudian wafat dan kaum Muslimin mensolatkannya." {9}

Hadith di atas boleh menjadi SATU BUKTI YANG AKAN MENSAHIHKAN bahawa individu yang dibai'at itu adalah Imam Mahdi yang sebenar-benarnya.

3. Pasukan Khas Mencari Dan Membunuh Imam Mahdi Dimusnahkan Oleh Allah SWT

Bukti lain yang mensahihkan pembai'atan Al-Mahdi adalah sabda Nabi Muhammad SAW - akan ada bukti pertolongan Allah SWT yang akan dihebahkan ke seluruh pelusuk dunia iaitu tentera yang mahu menghancurkan Imam Mahdi akan ditenggelamkan di Baida'. {10} 

Daripada Syyidah Aisyah Ummul Mu'minin r.a telah berkata :

"Pada suatu ari tubuh Rasulullah SAW bergetar di dalam tidurnya. Lalu aku bertanya; "Mengapa engkau berkeadaan sesuatu yang belum pernah engkau lakukan sebelumnya wahai Rasulullah?" Rasulullah SAW menjawap; "Akan terjadi suatu keanehan iaitu sekelompok orang daripada umatku akan berangkat menuju Bait Allah (rumah Allah) untuk memburu seorang lelaki Quraisy yang sedang mengunjungi Kaabah. Sehingga apabila orang-orang tersebut telah sampai di sebuah padang pasir, maka mereka ditelan bumi." Kemudian aku bertanya; "Bukankah di jalan padang pasir itu terdapat bermacam-macam orang?" Baginda menjawap; "Benar, di antara mereka yang ditelan tersebut ada yang sengaja pergi untuk berperang dan ada pula yang dipaksa untuk berperang, serta ada pula orang yang sedang berada dalam suatu perjalanan, akan tetapi mereka dibinasa dalam satu waktu dan tempat yang sama. Sedangkan mereka berasal dari arah (niat) yang berbeza. Kemudian Allah akan membangkitkan mereka pada hari berbangkit (Kiamat-Hari Pengadilan), menurut niat masing-masing." {11} 

Dan ketika itu, sahihlah pemuda itu adalah Imam Mahdi yang dibantu oleh Allah SWT. Tenggelamnya tentera atau pasukan khas yang mahu membunuh Imam Mahdi akan disiarkan ke seluruh dunia melalui hebahan media massa terutamanya TV. {12}

4. Munculnya Api Yang Membakar Hijjaz

Satu lagi tanda besar yang mengamit perhatian dan pengesahan bahawa Imam Mahdi telah zahir pada waktu itu ialah munculnya api besar yang membakar tanah Hijjaz. Kemunculan api ini memang ada disebutkan dalam hadith Nabi SAW. Namun api yang dinyatakan di atas bukanlah api yang muncul pada 654 M tetapi api yang akan muncul di akhir zaman seiring dengan kezahiran Imam Mahdi. Ia berdasarkan pendapat Ibnu Hajar Al-Asqalani yang berpendapat bahawa api itu akan terjadi dua kali. Yang pertama, pada abad ke-7 H (sepertimana yg disebut oleh kebanyakan ulama). Manakala yang kedua akan terjadi di akhir zaman nanti. {14}

Sekadar catitan - Hujahan daripada buku Menyongsong Imam Mahdi : Sang Penakluk Dajjal yang dipetik daripada buku Fitnah dan Petaka Akhir Zaman : Detik Menuju Kehancuran Alam Semesta karya Abu Fatiah Al-Adnani, menyebut {15}: 

...Pasukan besar yang bergerak dari segala penjuru Jazirah Arab itu, berikut yang datang dari sekitarnya, juga yang datang dari luar Jazirah Arab, selamanya tidak akan dapat menjejakkan kaki di Makkah al-Mukarramah. Sebab penghancuran menggerikan atas pasukan as-Sufyani dan bencana besar akan terjadi dalam bentuknya yang tidak pernah terbayangkan dalam fikiran manusia waima yang terpintar. Api akan menyala berkobar-kobar secara tiba-tiba di seluruh penjuru Jazirah Arab...(diringkaskan) adalah api Hijjaz yang diwartakan oleh Nabi SAW menerusi sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah {16}; "Kiamat tidak akan terjadi sampai muncul api dari tanah Hijjaz yang menerangi punuk-punuk unta di Bushra." {17} 

Menurut pendapat yang kuat, api ini bukanlah api yang menyala pada pertengahan abad ke-8 atau lebih tepat iaitu pada tahun 654 H. Imam An-Nawawi dalam Syarh Shahih Muslimnya mengatakan ; "Di zaman kami menyala api di Madinah pada 657 H. Api sangat besar itu muncul dari pinggir Madinah, di belakang Harrah. Berita tentangnya sampai ke Syam dan negeri-negeri lain secara berantai..." {18} 

Ibn Katsir dan Al-Qurthubi menceritakan keadaan munculnya api ini dengan panjang lebar dalam kitab masing-masing, al-Bidayah wa al-Nihayah dan At-Tadzkirah. Dinyatakan juga bahawa api itu dapat dilihat dari Makkah dan pembukitan Bushra. Seorang lagi pemikir Muslim, Yusuf Abdullah al-Wabil, turut mengemukakan pendapat yang sama, bahawa api itu bukanlah api yang dimaksudkan dalam riwayat di atas.

Dalam pada itu, tanda-tanda yang disebut kemunculan bintang berekor, gerhana bulan dan matahari di dalam bulan Ramadhan, terjadinya pertumpahan darah dalam musim Haji, dan kewafatan Raja Haramain (Raja Arab Saudi) adalah tanda dekat kemunculannya.

sumber: macjay.net

No comments:

Post a Comment