Wednesday, July 27, 2011

sedikit info~

Imam Mahdi akan muncul di khalayak ramai dan diketahui umum di Makkah pada umur 18-20 tahun. Maka beliau mungkin telah lahir ke dunia dalam dekad ini memandangkan terdapat tanda tanda jelas kedatangan Imam Mahdi dari hadis Nabi Muhammad saw seperti gerhana bulan dan matahari pada bulan ramadhan (2002 dan 2003), kemunculan komet iaitu komet Halley (1986), peperangan antara Iran dan Iraq (1980), penyekatan aliran sungai Euphrates (Empangan Keban Dam, Turki), serangan pengganas berhampiran Kaabah dan beberapa tahun kemudian berlaku pertumpahan darah sekali lagi di sana (1979 dan 1987), berlaku kebakaran besar di sebelah timur iaitu di Kuwait Iraq (1991), berlaku letusan di permukaan matahari (2000)

Sabda Nabi SAW “Jika kamu semua melihat Panji-panji Hitam datang dari arah Khurasan, maka sambutlah ia walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya di tengah-tengah panji-panji itu ada Khalifatullah Al-Mahdi yang mendapat petunjuk”. (Ibn Majah, Abu Nuaim & Al-Hakim)


Wallahualam

No comments:

Post a Comment