^
^
^
ok entry sye kali ni..hanyela sebagai pedoman wat muslimin n muslimat sekalian...untuk mengingat kn diri sye dan juge teman2..
^
^
rjin2kN lah diri kite membace artikel seperti ini...agr ia dpt membawe peringatn kpd kite dan juge wat orm laemmm....cewahhhh...
^
^
kelekaan kite untuk membace artikel2 seperti ini kdg2 wat kite lalai....xberingt ttg ape tujuan sebenar kite berade di muke bumi ini...jdikkk titik beratlah dan pandang seriuss ngn perkare2 seperti ini...
^
^
luangkan mase anda untuk membace karangan penuhh makne di bawahh...acececehh...

ANAK PADERI PELUK ISLAM
Assalam Mu'alaikum Wbrth!!!.... . Bacalah dan Renungkanlah. ...
Kisah Farhan (Kisah Perjalanannya Masuk Islam)
Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian
ialah Johanis. Saya dilahirkan di bumi Sabah dalam keluarga Kristian..
Bapa saya seorang KETUA PADERI yang menjaga 15 buah gereja di satu kawasan
di Sabah .
Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS
bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh
negeri! kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya
program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai
sekitar RM50,000!!!
Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah rumah
ke rumah.. Tanya masalah mereka dan bantu mereka. Berbagai masalah
diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar
keperluan harian, pakaian dan buku sekolah dan sebagainya.
Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali
kunjungan susulan, kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi
kami mengkristian remaja Islam, tambah berbaloi dari kalangan intelek..
Hasilnya kami dapat RM3,000 setiap seorang Islam yang dimurtadkan!
Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam Persekolahan. Sewaktu
Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama Islam yang
boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini setanding
dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di
sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam.
Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memudahkan saya menyebarkan
agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu
dihuraikan oleh orang Islam.
Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz
yang mengajar saya(saya panggil cikgu). "cikgu saya ada beberapa soalan,
tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, boleh ke saya ke rumah cikgu..."
Ustaz itu bersedia... Lalu saya bersama beberapa rakan ke rumah ustaz itu.
Saya katakan "cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama
islam, agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya". saya
kemukakan beberapa persoalan, antaranya;-
1- Mengapa orang Islam sembah Kaabah
2-Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam
adalah agama langit.
3-Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi
membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.
4-Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.
5-Injil sekarang dikatakan diseleweng. Kalau begitu mana yang asalnya.
Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan-
kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan -kawan mati akal.
Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab
secara tepat.
- Apakah boleh manusia(paderi) mengampunkan dosa manusia lain. -
Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3 - konsep ketuhanan Jesus.
Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi,
kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu ke
rumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya
juga tidak mampu
menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu.
Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa 'orang
malaya' datang ke rumah.
Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping
mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. saya memerhatikan
kehidupan ustaz tu, saya mengagumi cara hidupnya.
Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah.. Seorang berjubah
hitam membawa salib. Seorang
berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau
yang meminta saya membuat pilihan.
Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti
mereka. Saya meronta-ronta. Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam
semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi. Sedang saya
meronta-ronta, saya terjaga.
Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata,
"mengapa Johanis..... awak mengigau.... "
Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,"Cikgu Islamkan
saya........ .".Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan
pihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz
itu..
Selesai pengIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah, saya
lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu!
Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu
senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup
keatas.
Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan keluarga
saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum
saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar
di Sabah .
Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur . Secara kebetulan rakan
saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti
kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah
saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu..
6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah! Saya
dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan
Agama Islam.. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan
Pahang.
Tak sampai setahun saya letak jawatan. Saya sedih kerana ramai pendakwah
ini nak berdakwah pun merungut duit over time. Saya rasa tiada keiklasan..
Biarlah saya jadi pendakwah bebas.
Saya ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan orang...kini
saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan Kualiti bukan
Kuantiti saja!
Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di
PERKIM saya selalu telefon ayah, emak dan adik beradik saya. Saya katakan
jangan bencikan saya. Saya sayang ayah. saya sayang emak. saya sayang adik
beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak saya dunia dan akhirat.
Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku yang
sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya
hantar surat dan buku-buku.. saya menangis kerana rindukan ayah, emak dan
adik beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar
saya mendapat berita...... .. Ayah saya menganut Agama Islam!
Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis.
Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu
murah....saya terus menangis...saya pejamkan mata.....saya bayangkan ayah
dihadapan... saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis
bersama..... ...Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu.
Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah
saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja.
Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini
berpecah.. Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan Sunnah Rasul.
Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian.
Kita ambil contoh pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari
jalan nak menentang pelaksanaanya? Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat
dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam.
Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang
isu Hudud & Qisas. Dia boleh sergah saya, "You apa tahu... Islampun baru
setahun jagung...... "
Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu.. Kalau ini sikap
pendakwah... ...Saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana
saya tahu Apa itu Islam!!! Kerana itu saya ajak menghayati Islam.
Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog
tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini, untuk
bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga diancam
oleh umat Islam!!!
Apa tauliah awak , mana kebenaran Jabatan Agama, mana permit polis, sapa
benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian,
kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri
menyulitkan saya.
Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah Di
IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah, pura-pura belajar
Islam......jatuh cinta...lalu dimurtadkan. .
Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra
Malaysia (UPM) !!! Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja
ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam!!!
Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum 'Holly Water'.
Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City . Dijampi oleh paderi termasuk
Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu. KALAU TERMINUM, cari
air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 Qul 1x, dan
Selawat. Ambil
sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi.
InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. insyaAllah!! !

No comments:
Post a Comment