Wednesday, February 29, 2012

takenote..

»» Khas untuk mereka yang belum ada lagi pasangan hidup ««

► Jika benar cinta itu kerana Allah SWT, maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran Allah SWT kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah SWT maka ia pun berhilir hanya kepada Allah SWT.


► Tetapi, ingatlah! Cinta Allah, adalah cinta yang kekal abadi. Kejarlah cinta Allah SWT dahulu kerana kita pasti tidak akan kecewa andai kita berjaya men
cintai Allah SWT dengan sepenuh hati. Bagaimana kita hendak mencintai seseorang andai kita tidak berusaha untuk kenal dan cintai Sang Penciptanya.

► Banyak lagi tugas kita di dunia ini terhadap agama kita. Jangan disebabkan terlalu mengejar cinta manusia, tugas sebagai seorang pendakwah juga kita tidak peduli. Jangan terlalu asyik dengan kehidupan dunia kerana itu hanyalah sementara.


► Utamakan akhirat, kerana ia akan kekal abadi. Jika betul² sudah bersedia maka kahwinlah.


► Post ini adalah untuk peringatan bersama terutamanya untuk diri ini. Semoga kita semua sentiasa dilindungi oleh Allah SWT. Jangan pernah kecewa jika kita pernah putus cinta tetapi jadikan ia sebagai pengajaran dalam hidup kita. Berusahalah untuk menjadi hamba yang sempurna di pandangan Allah SWT bukan di pandangan manusia.


✿ Untuk Hawa ✿

Apabila lelaki mengatakan dirimu seorang yang sombong, itu lebih baik kerana itu menandakan dirimu sukar untuk didekati dan kamu telah berusaha untuk menjaga dirimu dan dirinya juga.

★ Wahai Adam ★

Apabila kaum Hawa sombong, itu adalah kerana mereka ingin menjaga pergaulan mereka, dan mereka berusaha untuk menghindari dirinya serta dirimu bergelumang dengan dosa. Bersyukurlah kerana dia, anda terselamat dari melakukan dosa. Hormatilah keputusan mereka dan jagalah mereka mengikut peraturan yang telah ditetapkan di dalam Islam.

Wallahu a'lam.

APA SEBENARNYA ERTI KECEWA?

Bila kecewa datang berkunjung ke pintu hidup, tak semestinya kecewa itu perlu disambut dengan tangisan dan raungan yang melemahkan, tetapi ianya dapat menguatkan semangat andai pandai mengendalikannya kerana setiap apa yang ditakdirkan Allah, punya fungsi yang berbeza...:)
****************
♥ Pernah dirimu BERTANYA, d mna BAHAGIA itu berada???
Dan aku menjawab, bila2 masa n ketika ALLAH akan memberikannya..

♥ Dirimu bertanya lagi, mengapa DERITA itu ada???
Aku menjawab kerana bahagia itu MAHAL HARGANYA..

♥ Oleh itu, jadikanlah KEDUKAAN n KESENGSARAAN yg d rasai sbg BAYARAN untuk mendapatkan sebuah kebahagiaan..

♥ Tidak ada yg MAMPU mendapatkan MUTIARA tanpa menyelam LAUTAN dlm yg penuh bahaya lalu mengutip TIRAM TERPILIH d dasarnya..

♥ BAHAGIA itu ada d dlm HATIMU andai dirimu mampu MERAIHNYA dengan izin dariNya...
 
 

mutiara kata-rabu

Jika kamu menghadapi masalah, hati kamu gelisah,tidak tenang, maka hendaklah kamu mengambil berat beberapa perkara :

1- Jagalah Sembahyang fardhu kamu di awal waktu dan berjamaah,
2- Banyakkan istighfar kpd Allah,
3- Jagalah hubungan kamu dengan ibubapa kamu,
4- Jagalah hasil pendapatan kamu, jgn ambil yg haram dan syubhah,
5- Lihatlah dengan siapa kamu berkawan,
6- Adakah kamu ada mengekalkan maksiat.

" Bertaqwalah kpd Allah nanti Allah akan menolong kamu dan akan menyelasaikan masalah kamu " Tazkirah diri sendiri yg byk dosa ini utk dikongsi bersama.

doaku~~

 P/S:-ku titipkan khas buat dirimu suami ku di mase hadapan...siapa...walau dimana pun berada dan tidak kira siapa orgnya...(jiwang jugenyer aku..fine)


Lagu : Abai Os (Hijjaz Records)
Lirik : Abai Os (Hijjaz Records) 

INTEAM
Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan


Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu


Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa


Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai


Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri


Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala