Saturday, July 30, 2011

last entry~~

last untuk minggu ni k..memandangkan aku akn cuti untuk jangke mase yg lame...but maybe pertengahan ramadhan ni aku akn balik USM semula..memandangkan ade keje yg blom selesai...


santapan pose korunk...hahahhah...gmbar ni bikin aku gelak guling2 la..mmg ley wat terapi jiwo laro ni..


gmbr ni aku minta tanpa kebenaran...hahahha...hopefully aku xkene saman...dri blog sape tah..atenyer dri google..heheheh..mmg bikini paling seksi sungguh-gne pastik rokrakkk jew..pergghhh..

lu ingt gua takot sama lu ka..kecik2 cili padi

pergghhh..ni gmbar bikin wa..maw nanges wo...sedey wa tgok sama ini gmbr...sebb tu wa ambik copy n simpan...kecik2 dah berjiwe hebat cenggini..sedangkan ank2 kecik kt m'sia umor cenggini taw main jer..perabeh duet mk ayah...semoge Allah cucuri rahmat untuk knk2 ini..Amin.

jalan2 be4 pose~~


ok u ollzz..i mls nk berleter pnjg2...so kpd u ollzs yg rase nk mai penang..pi la melawat bukit bendera k...aku pon sepnjg al almost 5 year here...bru 2 kali p...kali pertame xdpt menghayati sgt coz time tu aku pegi time aku tgh aktif training palapes...setelah 4 thun baru terpikir nk pegi semula..n baru skrg bru taw amcm ropanya kt ats sane..


korunk ley naek kete kabel baru ni...dulu first time pegi aku kene pakse daki k...nk mampuihh naek..sampai puncak dah lembit..kali ni senang je..pi xsampai 10 minit dah sampai..tket pon murah jer...so dun't wury...


untuk yg gler bergambar cm aku ni sesuai sgt la pi sne...


xhabes2 nga gaye pelik haku...(aku xkesah)


nk pose cm mane pon lantak korunk..janji korunk heppi


dri atas cmni la ropanya yer..

canopy walk..tpi dah 3 thun tutup..so xdapt la nk merase..


aku berangan nk miliki umah cmnila ler...ade yg sudi nk kasik????


kalo mk korunk ade yg lemah2 lutut tu xdapat nk jalan jauh2..ley la korunk bwk nek buggy ride ni...satu kete rm30...hah kalo ajk nek ramai2 murah la ckit kn...bdw aku n membe aku bertuah coz bile kiteorg dah jalan2 dekat sejam..tbe2 bro tut2 ni ajak nek bende alah ni..memandangkan ade kekosongan kt belakang ..janji byr rm5..ape lgi...murah la tu..n aku gedik2 la nk merase...hepi2222.....


gaye kungfu panda dri aku...


last but not least...gaye saranghae...untuk u ollzz....camat berpose...pas raye kite kumpul duet untuk rongeng2 lagi..papaiiiii

p/s:- act member aku dah pon citer sal ni...xpela yer...yoshhh~~

ke'malang'an

persiapan be4 balik puase...

nmpak gaye pas raye aku kne cri kerje part time..coz aku dah bnyak gler barhabes duet...nafsu2..dpt ank dato' kn senang...ade gak yg ley support hidop aku...(ank dato' mane tah aku nk sapu)


mcm mane aku nk balik mlm ni dgn bwk ni semue.....mcm kt kg xley shopim kn....act aku duk usha2 kt kg ritu xder..sori la der...kne la beli dri penang..


taste mk cik2...ofcoz la der...coz aku beli ni pon untuk mk aku....mlg yer aku rembat due2 kanan....ape ke mlg yer aku ni....loklaq pon ader...seb bek aku tergerak hati dlm kol 4 tdi nk cek kasut ni....law dibuat kt kg aku bru perasan maw nk kene bwk balik tukar...xke bnyak keje----- a lots of thanks to my dear friend 'aziela' coz sudi bwk aku rempit nek moto dye pi tukar kasut ni...aku dah nak nek bas mlm ni....alhamdulillah sempat sedar be4 terlambat....


n then ni lagi satu...tdi baru aku claim free gift ni...semalm aku xingt lansum yg beli bende alah ni akn dpt free rak ni....ade hikmah la kot due2 kasut aku beli tu kanan...kanan...hahahahha..

p/s:-mcm manela nk hangkut seme ni...cer pikir2...law ade buayafren kt USM ni ley gak bodek2 mintak anta kt stesen bas kn....ngahngahngah..

Thursday, July 28, 2011

siapa YAKJUK dan MAKJUK?


Tembok menyekat kaum Ya’juj & Ma’juj telah lama terbuka apabila orang Yahudi kembali ke Bait al-Maqdis (Jerusalem) dan membentuk negara Israel pada tahun 1948. Allah swt telah memberi keterangan di bawah bagi menjelaskan kepulangan Yahudi ke Bait al-Maqdis:

“…Dan mustahil kepada penduduk sesebuah negeri yang Kami binasakan, bahawa mereka tidak akan kembali hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Ya’juj & Ma’juj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi...”; al-Anbiyaa’:95-96

Penduduk” dimaksudkan ialah orang Yahudi, “negeri” adalah Bait al-Maqdis, “Ya’juj & Ma’juj” adalah Yahudi (Khazar), dan “meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi” bermaksud Ya’juj & Ma’juj menguasai dan menjajah keseluruhan aspek kuasa-kuasa pemerintahan dunia.


Allah swt malahan menyatakan “mustahil” bagi orang Yahudi untuk pulang ke Bait al-Maqdis, kecuali setelah tembok menyekat Ya’juj & Ma’juj terbuka dan mereka telah berkuasa. Orang Yahudi telah lama pulang ke negeri Bait al-Maqdis dan membentuk negara Israel pada tahun 1948. Oleh itu apakah penjelasan kepulangan mereka ke Bait al-Maqdis?

Ini bermaksud tembok telah terbuka dan Ya’juj & Ma’juj telah lama menguasai pemerintahan. Orang Yahudi dikembalikan melalu agenda puak Khazar, iaitu Yahudi Zionis yang menguasai dunia hari ini dan digambarkan di dalam Surah al-Kahfi sebagai kaum Ya’juj & Ma’juj. Mereka malahan boleh dianggap menguasai dunia hari ini kerana tiada negara yang mampu menghalang mereka daripada menghancurkan Palestine.

Fakta kedua menyokong dakwaan tembok Ya’juj & Ma’juj telah lama terbuka ialah berdasarkan keterangan Allah swt di bawah:

“…Maka mereka… tidak dapat menebuknya…”; al-Kahfi:97
Ayat menyatakan mereka tidak dapat “menebuk” tembok tersebut. Beribu-ribu tahun Allah swt memelihara tembok tersebut,  dan tiada satu makhluk pun di seluruh alam ini mampu “menebuk” tembok kecuali dengan keizinan Allah swt, iaitu apabila Allah swt mengizinkan Ya’juj dan Ma’juj dilepaskan.

Sebaliknya telah disebutkan dalam Shahih Al-Bukhari dan Shahih Muslim bahwa Nabi saw bersabda: Telah mulai terbuka hari ini dari dinding Ya`juj dan Ma`juj sebesar (lubang) ini.” Rasulullah membuatlingkaran dengan dua jarinya, ibu jari dan jari telunjuk. (HR. Al-Bukhari dari Zainab bintu Jahsyin radhiyallahu ‘anha).

Apakah maksud hadis apabila dibaca bersama ayat 97 surah al-Kahfi yang menyatakan Ya’juj & Ma’juj “tidak dapat menebuknya”? Ini membuktikan Allah swt telah melepaskan mereka kerana fakta tembok berlubang membuktikan mereka telah berjaya menebuk tembok.Tembok tidak akan berlubang jika tidak boleh ditebuk!

Oleh itu fakta tembok berlubang membuktikan Ya’juj & Ma’juj dilepaskan semasa zaman kehidupan Rasulullah saw di Madinah, iaitu selepas Allah swt menukarkan kiblah ke arah Kabbah pada Rejab 2 AH(624 AD). Meraka yang masih berpegang Ya’juj & Ma’juj dilepaskan selepas Dajjal akan terus menerus menunggu sehinggalah bumi ini hancur dan kiamat, dan Ya’juj & Ma’juj tetap tidak kunjung tiba. Sepatutnya mereka memikirkan kembali kepercayaan mereka yang bercanggah dengan Al-Quran dan bertanya diri sendiri jawapan bagi persoalan di bawah:

(a) penjelasan kepulangan orang Yahudi ke Bait al-Maqdis dan membentuk negara Israel pada tahun 1948 (al-Anbiyaa’:95-96), dan

(b) Rasulullah saw menyatakan tembok telah berlubang, iaitu telah berjaya ditebuk (al-Kahfi:97).

(c) Kenapa terdapat ketepatan fakta yang sempurna menghubungkan Al-Quran dengan sejarah Yahudi Khazar?  Sedarilah tipu daya itu teorinya tidak tetap dan sentiasa berubah-ubah, manakala kebenaran itu sebenarnya lebih terang dan tetap tidak berubah-ubah.

to be continued....

p/s:- terima kasih kepada sumber yg bnyak berkongsi ilmu...semoga org islam lebih terbuka minda mereka setelah membace info2 sebegini.Amin..